Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tahan azab 10 minit tersepit lori

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan di Jalan Tuaran di Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Bomba

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki menahan azab lebih 10 minit tersepit dalam lori selepas kenderaan dipandunya itu merempuh pokok di Jalan Tuaran di Kampung Darau, Manggatal, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun cedera di beberapa anggota badan termasuk kaki kanan.

Seorang pemandu PERODUA Myvi berusia 30-an turut cedera dalam kemalangan itu, selepas merempuh bahagian belakang lori berkenaan sejurus kemalangan berkenaan.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) menggunakan ambulans serta kenderaan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

Mangsa diberi rawatan awal pihak ambulan selepas lori dipandunya terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan di Jalan Tuaran di Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Bomba

 

Difahamkan, ketika kejadian lori terbabit datang dari arah Inanam ke Menggatal dan sebaik tiba di lokasi kejadian, ia dipercayai terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.24 pagi.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan di Jalan Tuaran di Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Bomba

 

“Sebaik tiba, pemandu lori dan Perodua Myvi didapati terperangkap di tempat duduk pemandu masing-masing. Anggota bomba menggunakan jentera hidraulik untuk mengeluarkan mereka,” katanya.

Dalam kemalangan berasingan, sebuah bas pelancong terbabas di kiri bahu jalan di Jalan Politeknik Kota Kinabalu, dekat sini, jam 2.40 pagi tadi.

Difahamkan, pemandu dan dua pelancong yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan