Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tagal bantu kekal sumber perikanan

Bobbey merambat ikan sebagai tanda rasminya majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Bobbey merambat ikan sebagai tanda rasminya majlis itu. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Tagal merupakan benteng kepada perbuatan segelintir penduduk yang mengamalkan cara menangkap ikan seperti menuba dengan racun dan renjatan elektrik yang memudaratkan hidupan sungai dan manusia.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, sejak kebelakangan ini ikan di sungai semakin berkurangan dan kemungkinan menjadi pupus jika tiada usaha melindunginya.

Justeru itu katanya, tagal  yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah (SFD) mampu memberi perlindungan kepada hidupan di sungai terutama ikan yang menjadi sumber makanan kepada penduduk setempat perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Jika tidak hidupan sungai akan pupus dengan sikap segelintir penduduk yang mengguna bahan yang boleh mengancam ikan spesies hidupan lain di sungai,” katanya semasa berucap perasmian Buka Tagal Sungai Sabinait dan perasmian gelanggang bola tampar Kampung Sabinait, dekat sini hari ini.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Nabawan berkata, tagal yang dilaksanakan dengan baik dan berjaya mencapai matlamatnya akan menjadi salah satu produk pelancongan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan