Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Tadi Aku Dah Kata Jangan Ikut, Mati Kau Aku Kerjakan’

ANAK merupakan anugerah yang tidak ternilai dan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa.

Namun, ada segelintir ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai tempat untuk melepaskan nafsu amarah.

Terbaharu, rakaman video memaparkan tindakan kejam seorang wanita memukul dan mengherdik seorang kanak-kanak dipercayai anaknya mencetuskan kecaman hebat netizen di media sosial.

Kejadian didakwa berlaku di kawasan perumahan Taman Mahkota Emas, Kuatan, Pahang, namun tidak dapat dipastikan bila insiden itu berlaku.

Menerusi rakaman berdurasi kurang daripada seminit, kedengaran wanita itu menengking anaknya yang dianggarkan berusia lingkungan empat tahun kerana kerana berang mangsa mahu mengikutnya keluar. 

Wanita memakai t-shirt berkolar itu kemudian bertindak menampar anaknya dan menghempas anaknya di depan kereta sehingga terjatuh.

Mangsa yang menangis ketakutan hanya mampu berdiri kaku melihatkan dirinya diperlakukan sedemikian.

“Tadi aku dah kata jangan ikut… mati kau, aku kerjakan,” ujar wanita itu sebelum membuka pintu kereta bahagian penumpang belakang.

Kanak-kanak itu kemudian ditampar pada pipi sebanyak dua kali dan dicampakkan ke dalam kereta secara kasar.

Video rakaman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan segelintir daripadanya mengecam tindakan perakam yang hanya ‘terpacak’ merekod video tanpa melakukan apa-apa untuk membantu mangsa.

“Yang rakam video ini boleh tengok saja? Kau pun sama tak ada otak,” kata Nurjihan Ikhwan.

“Hilang nilai seorang ibu bila dah perangai macam tu, budak tu perlukan kasih sayang,” tulis Adzahar Omar.

Meskipun begitu, ada juga netizen berpandangan apa yang diakukan oleh wanita itu tidak disalahkan sepenuhnya kerana berpendapat mungkin kanak-kanak itu degil dan enggan mendengar arahannya.

“Ibu ini marah mungkin sebab anaknya degil, kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Video pun separuh bukan penuh.

“Kadang-kadang biar kita pukul anak menangis dari kita yang menangis kalau terjadi perkara yang tidak diingini pada anak-anak,” kata Shahrul Nizam. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan