Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tabung Bencana Negeri kumpul RM2.7juta

Menteri Tugas-Tugas, Datuk Teo Chee Kang. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Menteri Tugas-Tugas, Datuk Teo Chee Kang. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Sebanyak RM2.7 juta disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi membantu mangsa gempa bumi baru-baru ini menerusi Tabung Bencana Negeri.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Che Kang berkata, sehingga kini sejumlah RM421,000 telah diperuntukan untuk pemberian wang ehsan kepada waris dan mangsa gempa bumi berkenaan serta pengurusan bencana di Ranau.

“Wang sumbangan ini juga akan digunakan untuk membantu penduduk yang mengalami kerosakan rumah kediaman dan penilaian terperinci spakan dibuat mengenai tahap kerosakan tertentu.

“Setakat ini, bilangan rumah yang disahkan tidak selamat ialah 11 buah di Kota Belud dan tiga di Ranau. Selain itu, sejumlah 136 buah rumah di Kota Belud mengalami kerosakan kecil dan sederhana.

“Sementara, di Ranau terdapat sejumlah 268 buah rumah mengalami kerosakan kecil dan sederhana,” katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Wilfred Bumburing (APS) mengenai berapa jumlah bantuan yang diterima untuk mangsa gempa bumi baru-baru ini.

Mengenai bagaimana bantuan tersebut diagih-agihkan kepada keluarga mangsa, Chee Kang berkata, kerajaan negeri akan menetapkan satu kadar yang wajar untuk bantuan rumah mengikut tahap kerosakan yang disahkan oleh pegawai daerah.

Beliau memberitahu, selain tabung bencana negeri, pihak Taman-Taman Sabah (TTS) juga telah menubuhkan Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu bagi membantu malim gunung dan kakitangan TTS yang terjejas akibat bencana tersebut. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan