Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tabung bencana negeri dipantau, elak penyelewengan

Kelihatan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) dan Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membuat persiapan sebelum bermula sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Kelihatan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) dan Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membuat persiapan sebelum bermula sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan memantau pengagihan sumbangan tabung bencana negeri kepada mangsa gempa bumi, seandainya terdapat laporan penyelewengan mengenainya.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang berkata, hal itu juga turut dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Walau bagaimanapun, setakat ini pihak kerajaan belum menerima sebarang laporan mengenai penyelewengan sumbangan berkenaan,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Chee Kang berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kerajaan mengawasi pertubuhan bukan kerajaan atau pihak yang mewujudkan tabung kutipan derma untuk bencana alam bagi memastikan kutipan tersebut tidak diselewengkan.

Terdahulu, beliau berkata, sumbangan lain terutama individu dan badan bukan kerajaan (NGO) kebanyakannya disampaikan terus kepada Persatuan Malim Gunung dan lusat pemindahan semasa kejadian banjir lumpur berlaku. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan