Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tabiat Minum 6 Liter Coke Setiap Hari Bawa Padah

12:26pm 26/01/2016 Pak Roshan 2485 views Global

Kathy-OSullivan-has-an-addiction-to-Cola-and-drinks-up-to-six-litres-a-day

SEORANG wanita memerlukan pemindahan darah akibat tabiat buruk minum enam liter air Coke setiap hari. Meskipun doktor mengarahkan Kathy O’Sullivan menghentikan tabiat buruk itu, namun dia gagal mengawalnya.

Kathy berdepan maut jika dia tidak mendengar nasihat doktor. Untuk rekod, enam liter Coca Cola itu mengandungi 163 sudu gula.

Keadaan bertambah buruk apabila Kathy, ibu kepada tiga anak, dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang. Dia kini mengharapkan kaedah pukau untuk membantunya menghentikan katagihan berkenaan.

“Saya cuba berhenti tetapi dalam masa beberapa jam, badan saya berpeluh dan menggeletar. Ketagihan ini amat mengejutkan dan memusnahkan hidup saya.

“Saya minum enam liter coke setiap hari dan sentiasa membawa sebotol coke bersama setiap hari,” katanya yang telah kehilangan tiga batang gigi akibat ketagihan minuman bergas itu.

Kathy mula minum Coke ketika berusia 13 tahun namun dia tidak menyedari kesan pengambilan yang berlebihan sehinggalah ketika mengandung anak bongsunya.

“Saya mengalami kurang darah dan jururawat memberitahu ia disebabkan saya minum Coca Cola, bukannya makan dengan betul.

“Selepas kelahiran anak saya itu, saya mengalami kekejangan perut dan dimaklumkan saya lahir dengan satu buah pinggang.

“Doktor pula terkejut dengan jumlah Coca Cola yang saya ambil kerana ia menyebabkan tekanan kepada buah pinggang saya,” katanya. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan