Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tabah dalam menempuhi cabaran dalam tugas

9:21pm 17/02/2016 Ann Vivien 38 views Isu Semasa,Tempatan
Almain (duduk lima dari kanan) kenangan bersama anggota Jabatan Penerangan yang diraikan dan warga media yang haadir pada majlis itu

Almain (duduk lima dari kanan) kenangan bersama anggota Jabatan Penerangan yang diraikan dan warga media yang haadir pada majlis itu

KENINGAU: Para pegawai dan anggota Jabatan Penerangan di negeri ini diingatkan agar sanggup menerima cabaran dan tanggungjawab dalam tugas.

Pengarah Penerangan Sabah Datuk Haji Almain Ajirul berkata, sebagai anggota perkhidmatan awam perlu menerima hakikat bahawa mereka tertakluk kepada peraturan perkhidmatan termasuk pertukaran penempatan dari masa ke semasa.

Katanya, pegawai dan anggota Jabatan Penerangan juga tidak terlepas dari peraturan ini kerana mereka juga tergolong dalam anggota perkhidmatan awam.

“Justeru itu mereka perlu menerima apa juga dasar dalam jabatan seperti pertukaran penempatan dan sebagainya kerana ia adalah perkara biasa dalam jabatan” katanya semasa berucap pada Majlis Meraikan Persaraan Anggota Jabatan Penerangan Bahagian Pedalaman Atas di salah sebuah hotel di sini kelmarin.

Almain berkata, adalah tidak wajar bagi sesorang pegawai dan anggota menolak jika diarah bertukar di daerah lain kerana ia merupakan amalan dalam jabatan.  Pada majlis itu dua anggota Jabatan Penerangan Bahagian Pedalaman Atas iatu Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas Arthur Ting dan Juruaudio Visual Kanan Sederik Kimong yang masing-masing bersara wajib.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan