Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Taasub Daish

2:28pm 30/08/2016 Pak Roshan 2795 views Global
GAMBAR menunjukkan keadaan suspek selepas ditangkap pihak berkuasa. - Agensi

GAMBAR menunjukkan keadaan suspek selepas ditangkap pihak berkuasa. – Agensi

Jakarta: Seorang remaja yang cuba meletupkan diri di dalam sebuah gereja di Medan sebelum menyerang paderi dengan kapak kelmarin dipercayai taasub dengan kumpulan Daish, kata Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Wiranto.

“Dari telefon bimbit suspek yang dirampas pihak berkuasa, polis dapati remaja ini taasub dengan pemimpin Daish, Abu Bakr al-Baghdadi,” katanya di sini, semalam.

Polis turut menemui satu nota di dalam beg sandang suspek itu yang tertulis “Saya sayang al-Baghdadi,”.

Bagaimanapun, polis mendapati remaja berkenaan diketahui tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Pihak berkuasa Indonesia bimbang dengan peningkatan pengaruh fahaman pelampau dalam kalangan rakyat negara itu terutamanya golongan muda yang tertarik dengan perjuangan Daish.

Serangan di sebuah gereja di Medan pada Ahad lalu itu tidak menyebabkan sebarang kematian dan hanya seorang paderi cedera terkena libasan kapak suspek.

Kata polis, suspek menyerang paderi selepas bom buatan sendiri yang diletak di dalam beg sandang gagal meletup sebelum dia ditangkap pengunjung.

Suspek dikenal pasti sebagai seorang remaja berusia 17 tahun, Ivan Armadi dan dia masih disoal siasat oleh polis.

Polis turut merampas bahan membuat bom di rumah remaja itu dan suspek dipercayai belajar membuat letupan melalui kajian di Internet. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan