Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syukuri nikmat kemerdekaan

12:38pm 05/08/2016 Leolerry Lajius 124 views Tempatan
Lee Chuan Seng, peserta Konvoi dari JaPen Sabah, memeriksa bendera di kenderaannya sebelum konvoi bermula.-Gambar Oleh Penerangan

Lee Chuan Seng, peserta Konvoi dari JaPen Sabah, memeriksa bendera di kenderaannya sebelum konvoi bermula.-Gambar Oleh Penerangan

TAWAU:  Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2016 dilepaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman di perkarangan UTC Tawau, pada Khamis.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat  berkata rakyat perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman, di samping menyeru masyarakt agar memberikan sokongan padu kepada program berkenaan.

“Kita amat bertuah dan perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan kerana kita adalah rakyat yang dapat duduk dalam keadaan harmonis serta aman dan makmur di dalam satu negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Kita berharap masyarakat Tawau dan sekitarnya akan hadir beramai-ramai dan memberikan sokongan pada kepada program ini.

“Saya percaya pelbagai aktiviti telah dirancang dengan sempurna sepanjang bulan kemerdekaan ini yang berpaksi pada semangat patriotisme dan nationalisme dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Hamisa (tujuh dari kiri) bersama Ibrahim (enam dari kiri) melepaskan peserta konvoi.-Gambar Oleh Penerangan

Hamisa (tujuh dari kiri) bersama Ibrahim (enam dari kiri) melepaskan peserta konvoi.-Gambar Oleh Penerangan

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman memberitahu media, sebanyak 20 buah kenderaan dan 45 peserta menyertai konvoi berkenaan bermula dari Tawau, Lahad Datu dan berakhir di Semporna sebelum kembali semula ke Tawau.

Menurutnya, konvoi itu sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (BKKJG) 2016 Peringkat Kebangsaan yang akan dilancar Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Sabtu ini.

“Konvoi ini juga merupakan usaha menyemarak dan menggelorakan semangat sehati sejiwa dalam kalangan masyarakat  Sabah sempena dengan pelancaran bulan kemerdekaan, Sabtu ini.

“Sebanyak 20 buah kenderaan dan 45 peserta terlibat dalam konvoi yabg bermula dari Tawau ke Lahad Datu dan berakhir di Semporna sebelum kembali semula ke Tawau.

“Kita akan singgah ke beberapa lokasi di mana kita akan menyerahkan Jalur Gemilang dengan harapan kita akan sama-sama mengibarkan jalur gemilang tunjukkan rasa cinta kita kepada negara,” jelas beliau.

Tambah Ibrahim, antara aktiviti lain yang dirancang mulai 6 hingga 7 Ogos adalah konvoi kembara, pameran di hadapan Majlis Perbandaran Tawau dan aktiviti-aktiviti di pusat-pusat membeli belah oleh Buskers Pentarama./PENERANGAN

Peserta konvoi bergambar bersama Hamisa (tengah) dan Ibrahim (berbaju biru) sebelum pelepasan konvoi.-Gambar Oleh Penerangan

Peserta konvoi bergambar bersama Hamisa (tengah) dan Ibrahim (berbaju biru) sebelum pelepasan konvoi.-Gambar Oleh Penerangan

 

Hamisa dan Ibrahim beramah mesra dengan peniaga-peniaga ketika menyampaikan Jalur Gemilang kepada mereka.-Gambar Oleh Penerangan

Hamisa dan Ibrahim beramah mesra dengan peniaga-peniaga ketika menyampaikan Jalur Gemilang kepada mereka.-Gambar Oleh Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan