Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syukuri nikmat keamanan negara: Hamisa

Hamisa menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Hamisa menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

TAWAU – Masyarakat khususnya umat Islam perlu sentiasa peka terhadap isu dan perkembangan rakyat Palestin disamping terus memberikan bantuan dan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

Ia boleh dilakukan menerusi pelbagai cara termasuk menganjurkan program amal dan kutipan dana bagi membantu membangunkan semula negara itu selepas diserang Israel.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, apa yang berlaku di Palestin merupakan isu kemanusiaan sejagat dan menjadi tanggungjawab bersama masyarakat di negara ini untuk bersama-sama membantu.

“Pada masa ini, rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mereka pasti tidak akan berasa bersendirian dengan sumbangan, bantuan serta sokongan ditunjukkan oleh masyarakat dunia yang amat prihatin dengan situasi yang dihadapi mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Iftar Amal Perdana sempena pembinaan semula Masjid Al Shafie Gaza anjuran Aman Palestin Cawangan Sabah, di sini semalam.

Jelas beliau, rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur kerana menikmati keamanan yang dikecapi dengan terus memelihara hubungan harmoni di antara kaum.

Tegas beliau lagi, apa yang dinikmati rakyat Malaysia pada masa ini amat berbeza dengan kehidupan rakyat di sesetengah negara lain yang kerap diancam keganasan dan kekacauan politik. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan