Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syed Saddiq Sokong Biro Tatanegara Ditutup

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong cadangan supaya Biro Tatanegara (BTN) ditutup kerana ia dilihat sudah lari daripada landasan sebenar penubuhannya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata asas penubuhan BTN itu yang pada awalnya untuk meningkatkan semangat patriotisme, dimanipulasi untuk kepentingan politik.

“Saya lihat ia medium memperkukuhkan satu parti politik dengan menghasut satu kaum agar membenci kaum lain dan matlamat asalnya dah hilang sebab itu saya rasa BTN tidak diperlukan lagi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembahagian Makanan Berbuka Puasa beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi kepada anggota polis trafik serta gelandangan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Muar itu mengulas cadangan anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya BTN ditutup.

Nik Nazmi menyifatkan biro itu sebagai “sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara” dan masih beroperasi dalam “kerangka Perang Dingin” sedangkan dunia sudah berubah.

Syed Saddiq berkata patriotisme dan aspek kemasyarakatan dalam kalangan golongan belia boleh diterap melalui sistem pendidikan negara yang dilihat jauh lebih baik dan efisyen. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan