Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syed Saddiq sokong Anwar bertanding di Port Dickson

Syed Saddiq bercakap semasa sidang media. Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata sokongan itu bagi memastikan calon Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi berkenaan akan mencapai kemenangan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, saya sebagai anggota majlis presiden Pakatan Harapan ketika menandatangani menyedari memang akan berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar dan itu adalah perkara yang dipersetujui bersama.

“Sebagai anak muda saya tidak mahu ingkar janji terutamanya melibatkan perjanjian bertulis dan apa yang penting adalah kemenangan kepada PH adalah mustahak” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Unlocking The Power Of Young People, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan wujudnya sebarang gerakan memboikot kempen Anwar di Port Dickson oleh parti PPBM terutama dalam kalangan ahli Armada.

Mengenai program itu, Syed Saddiq mahu sesi dialog itu perlu dijalankan pada setiap masa dan tidak hanya dilakukan ketika menjelang pilihan raya sahaja kerana pelbagai isu baharu akan timbul yang melibatkan golongan belia.

“Ini bagi memastikan suara belia akan diambil kira dalam proses membina masa depan Malaysia Baru,” katanya.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan