Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syed Abas dilantik Speaker DUN Sabah

speaker3

KOTA KINABALU  –  Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali menerima surat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

Pelantikan beliau sebagai Speaker DUN yang kesembilan itu adalah bagi menggantikan Senator Datuk Mohd Salleh Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam kerajaan pusat.

Syed Abad mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni, di Istana Negeri di sini pagi tadi.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Kabinet Negeri, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Mariati Robert dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Kelihatan dalam gambar atas, Syed Abad (kanan) menandatangani surat terima pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Ravinthran N. Paramguru. –  Jabatan Penerangan Sabah

Komen


Berita Berkaitan