Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syed Abas dilantik Speaker DUN baharu

Datuk Syed Abas Syed Ali
Datuk Syed Abas Syed Al

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan, Datuk Seri Salleh Said yang dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 28 Julai lalu selepas rombakan Kabinet Persekutuan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman pelantikan Syed Abas itu dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan di sini hari ini, sekaligus menyaksikan beliau adalah Speaker kesembilan yang dilantik selepas Salleh.

Musa berkata, Syed Abas dijangka bakal memulakan tugas baharu itu pada 7 Ogos ini.

“Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam politik dan pentadbiran kerajaan dan pernah memegang jawatan penting dalam agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Syed Abas dilahirkan pada 12 Oktober 1947 dan memiliki Ijazah Sains dan Ekonomi daripada Universiti East London (NELP) manakala jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd.

Beliau dilantik sebagai ADUN Balung pada 1978 sehingga 1981 semasa pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga kini menerusi penyertaannya ke dalam UMNO.

Karier dalam perkhidmatan awam beliau adalah sebagai Pegawai Pembangunan Industri di Kementerian Pembangunan Perindustrian pada 1976 dan pernah memegang jawatan lain seperti Pengerusi Ko-Nelayan, Pengarah Sabah FInance Berhad dan Pengerusi MUIS.

Beliau berkahwin dengan Datin Nuraini Habib Kadir dan memiliki enam orang anak. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan