Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat Swasta Diminta Beri Sumbangan Untuk Tegakkan Syiar Islam – Tawfiq

tawfiq-ibu tungal

TAWAU : Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyeru syarikat swasta agar sentiasa membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dengan memberi pelbagai sumbangan kemudahan pembelajaran agama.

Beliau berkata perkara itu sangat penting dalam usaha membantu JHEAINS menegakkan syiar Islam di Sabah, sekali gus dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Selain itu sokongan daripada syarikat swasta juga penting dalam memastikan negara tidak ketandusan modal insan yang lengkap dari semua aspek termasuk agama,” katanya ketika merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana, di sini Sabtu.

Pada majlis itu seramai 1,437 pelajar dari Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Tawau menyertai program berkenaan.

Sementara itu, dalam majlis berasingan Tawfiq meminta agar masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersenam dan mengambil pemakanan yang sihat agar terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.

“Masyarakat perlu prihatin kepada diri masing-masing dengan meluangkan masa melakukan penjagaan kesihatan kerana ia bukan sahaja tuntutan agama tetapi juga berupaya meningkatkan produktiviti kerja yang penting kepada agensi masing-masing.

“Perlu kuat dari semua aspek termasuk fizikal, sihat tuntutan agama dan penting untuk meningkatkan produktiviti masing-masing, kesihatan amat perlu kerana akan dapat mengurangkan kos rawatan,” katanya selepas menyertai program senam sihat di Padang Perbandaran Tawau.

Turut hadir dalam program berkenaan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ismail Mayakub.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan