Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat perkapalan didapati bersalah seludup senjata

8:52am 15/12/2015 Pak Roshan 204 views Global
PASUKAN penyiasat membuka kontena mengandungi jet MIG-21 yang ditemui di kapal Chong Chon Gang yang ditahan di Panama pada 2013.

PASUKAN penyiasat membuka kontena mengandungi jet MIG-21 yang ditemui di kapal Chong Chon Gang yang ditahan di Panama pada 2013.

Singapura: Sebuah mahkamah di sini semalam mendapati sebuah syarikat perkapalan, Chinpo Shipping bersalah atas dua tuduhan jenayah berkaitan penghantaran senjata secara haram ke Korea Utara.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu didakwa memindahkan aset kewangan atau sumber yang boleh digunakan dalam program senjata Korea Utara.

Korea Utara kini dikenakan sekatan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Chinpo Shipping dinamakan dalam laporan PBB yang membantu penghantaran alat ganti jet pejuang dan peluru berpandu Cuba dalam sebuah kapal kargo yang ditahan di Panama pada 2013.

Alat ganti berkenaan ditemui disembunyikan di bawah muatan gula dalam kapal kargo, Chong Chon Gang milik Korea Utara.

Syarikat itu juga didakwa menjalankan aktiviti pengiriman wang tanpa lesen dari 2009 hingga 2013.

Hukuman terhadap syarikat berkenaan dijangka dijatuhkan pada lewat Januari ini.

Peguam yang mewakili Chinpo Shipping, Edmond Pereira berkata, keputusan mahkamah itu sangat mengecewakan. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan