Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syarikat pengangkutan nafi menggunakan kenderaan pelancongan tidak berlesen bakal dibicara

KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, di sini telah menetapkan tarikh bicara pada 30 Mei hingga 1 April, tahun ini kepada sebuah syarikat pengangkutan atas dua pertuduhan menggunakan kenderaan  pelancongan yang tidak berlesen, di bawah Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad telah menetapkan tarikh tersebut setelah syarikat yang diwakili oleh pengarah syarikat itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, Syarikat Pengangkutan Nabalu Sdn Bhd didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di Jalan Poring, Ranau pada jam 12.50 pm, pada 2 Mei, tahun lalu.

Manakala, kesalahan yang kedua pula, syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 1 Oktober, tahun lalu, pada jam 8.05 malam di Jalan Kota Belud.

Bagi kedua-dua pertuduhan, syarikat tersebut didakwa dibawah Seksyen 19 (1) Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara dalam tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Disamping itu, mahkamah yang sama telah menetapkan tarikh 7 Januari, tahun ini untuk sebutan semula kes kepada seorang pemandu van yang turut didakwa melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah telah menetapkan tarikh tersebut setelah tetuduh, Chin Chee Vui memohon untuk mencari peguam bagi tujuan pembelaan.

Chin didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di Jalan Poring, Ranau pada 5 Febuari, tahun lalu, pada jam 12 pm.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzan Abd Kahar. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan