Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat pembinaan Jepun bina tapak semaian di Kampung Wassai Tuaran

2:38pm 22/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 1142 views Tempatan
para peserta program tersebut

para peserta program tersebut

SYARIKAT Pembinaan Jepun, Ogawa Koumuten Co. Ltd Japan telah bekerjasama dengan penduduk setempat Kampung Wassai Tuaran untuk membina sebuah tapak semaian di kawasan itu dan membantu dalam program  pemuliharaan hutan.

Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam dan 30 minit dari Ibu Pejabat Taman Kinabalu tidak menjatuhkan semangat para kontraktor untuk  sampai ke kawasan perkampungan Wassai dan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Seramai empat orang kontraktor bersama penduduk kampung tersebut memulakan kerja-kerja pembinaan. Terdahulu, tapak semaian yang sama telah dibina di kawasan perkampungan Kiau pada Oktober lalu. Selain itu, kawasan tapak tersebut turut dikelilingi pagar bambu bagi mengelakkan dari dimasuki oleh anjing, khinzir dan lembu.

Para peserta program memungut dan mengumpulkan anak benih buah-buahan serta tumbuhan herba yang terdapat diseluruh kampung berkenaan dan menanam biji benih itu di tapak semaian yang baru.

“Ini kali pertama kami menerima sekumpulan pengunjung dari Jepun di kawasan ini. Saya amat khuatir kerana kawasan kampung yang sederhana, tetapi kami amat seronok bekerja bersama mereka walaupun terdapat kekangan dari segi bahasa. Saya amat berterima kasih kerana mereka sudi datang jauh dari Jepun semata- mata untuk membantu kami. Seluruh masyarakat kampung ini tidak akan melupakan pertolongan ini,” kata Ketua Kampung Yakiun Tanggulu semasa majlis perpisahan, baru-baru ini.

Satu-satunya delegasi wanita daripada Ogawa Koumuten, Mami Otsuka berkata projek tersebut merupakan satu pengalaman yang berharga dan bermakna baginya.

“Warga emas di perkampungan ini melayan kami dengan baik seperti sebuah keluarga besar. Saya berharap dapat mengunjungi dan melawati tempat ini pada masa hadapan. Saya juga bertekad membantu orang- orang diseluruh dunia.” katanya.

Ogawa Koumuten, sebuah syarikat pembinaan perumahan di bandar Sasebo, Nagasaki, Jepun membawa segala kelengkapan peralatan dan menghantar empat orang delegasi di bawah tanggungan mereka. Tapak Semaian tersebut merupakan inisiatif Universiti Rakuno Gakuen, Jepun Projek Nahiya-Borneo yang bertujuan untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar di Sabah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan