Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat/ Organisasi di Sabah digalakkan sertai Anugerah Pembangunan Lestari JCI Malaysia 2017

1:57pm 12/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 17 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

Pengerusi Seda Malaysia, Datuk Dr. Yee Moh Chai (dua kanan) menerima cederakenangan daripada Pengerusi Penganjur JCIM SDA 2017, Celine Khor (dua kiri) selepas melancarkan JCIM SDA 2017 di sini, hari ini.

PUTATAN: Syarikat- syarikat dan organisasi ydi Sabah khususnya yang menjalankan projek berlandaskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) agar dipelawa menghantar penyertaan dalam Anugerah Pembangunan Lestari JCI Malaysia 2017.

Anugerah itu merupakan anjuran JCI Malaysia dan akan berlansung pada 22 September hadapan di Kuala Lumpur.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia, Datuk Yee Moh Chai berkata, ia sebagai salah satu langkah meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat akan kepentingan pembangunan lestari di negara ini.

“Kita mahu menjadikan dunia ini lebih baik dan selesa untuk didiami… Selain itu, kita juga ingin meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan masyarakat setempat,”katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Anugerah Pembangunan Lestari JCI Malaysia (JCIM SDA), disini, pagi tadi.

Selain itu, Pengerusi Penganjur JCIM SDA 2017 Celine Khor, berkata JCIM SDA akan menganugerahkan kepada syarikat- syarikat Malaysia dan organisasi yang menjalankan projek berlandaskan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

“Terdapat 33 trofi akan disampaikan pada malam majlis anugerah itu… Pencalonan telah bermula pada bulan April lalu dan mana- mana syarikat atau organisasi yang layak disarankan agar menghantar penyertaan sebelum 30 june 2017. Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui laman sesawang www.jci.my,” katanya.

Celine yang juga Pengerusi National Global Goal Commision menjelaskan bahawa anugerah itu terbuka kepada semua kategori syarikat termasuklah mikro, syatikat usahasama, Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME),  Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan organisasi.

Hadir sama, Presiden Nasional JCI Malaysia, Senator Nurul Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden Eksekutif JCI Malaysia, Veronica Chin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan