Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat menggunakan kenderaan pelancongan tidak berlesen didenda

3:45pm 22/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 68 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Sebuah syarikat pelancongan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini atas kesalahan menggunakan kenderaan pelancongan yang tidak berlesen, di bawah Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

Borneo Hy Ocean Tours & Rent a car Sdn Bhd mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di KM 20, Jalan Papar-Beaufort, Papar, jam lebih kurang 3.45 pm pada 30 September, tahun ini.

Atas kesalahan tersebut, wakil syarikat yang merupakan salah seorang pengarah syarikat, Kong Yen Vui dihukum dibawah Seksyen 19 (1) Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara dalam tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada hari tersebut, sepasukan pegawai penguatkuasa dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan pelancongan dan pemandu pelancongan. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lapan orang pelancong warganegara China berada dalam kenderaan tersebut dan dalam perjalanan balik ke daerah ini. Disamping itu, kenderaan yang digunakan juga tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk membawa pelancong.

Dalam mitigasi, peguambela Lorento Padua yang mewakili syarikat tersebut memohon agar jumlah denda minima dikenakan ke atas tertuduh kerana ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan mohon kepada mahkamah agar hukuman setimpal dikenakan kesalahan tersebut mempunyai implikasi kepada orang awam termasuklah tuntutan insurans jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzan Abd Kahar. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan