Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syarikat korporat perlu tingkat program CSR

Sapawi Ahmad (tiga dari kiri) bersama Ahmad Bujang (empat dari kiri) dan Hamden (dua dari kiri) sempat mempamerkan bakat memasak di program anjuran Petronas itu. - foto Aryan De Vera
Sapawi Ahmad (tiga dari kiri) bersama Ahmad Bujang (empat dari kiri) dan Hamden (dua dari kiri) sempat mempamerkan bakat memasak di program anjuran Petronas itu. – foto Aryan De Vera

Sipitang – Syarikat korporat di negari ini diminta mengambil kira kebajikan masyarakat setempat dengan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam setiap pembangunan operasinya.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, syarikat korporat perlu mengubah fokus daripada mendapatkan keuntungan semata-mata kepada turut mengambil kira kebajikan masyarakat.

Menurutnya, usaha mengintegrasikan CSR dalam setiap pelaksanaan membabitkan aspek pembangunan operasi penting meskipun sesetengah syarikt korporat berpendapat ia hanya melemahkan strategi syarikat dalam mengekalkan daya saing.

“Sebenarnya, program CSR mampu menjamin sesebuah badan korporat untuk kekal bertahan dalam tempoh masa lama kerana masyarakat merupakan sumber penentu kepada pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang syarikat.

“Selain itu, pelaksanaannya pula perlu menggunakan pendekatan lebih kreatif serta tidak hanya berkisar tentang wang ringgit saja tetapi turut meliputi pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘Taima Kasih’ Mesapol, di sini hari ini.

Dalam program itu, pelbagai acara diadakan seperti pertandingan memasak, bola sepak dan pameran lukisan anjuran Petronas Cari Gali Sdn. Bhd. yang diadakan di Dewan Mini pekan Mesapol.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah menggesa syarikat korporat di negara ini untuk mencontohi inisiatif Petronas yang aktif melaksanakan CSR di seluruh negara.

Sebagai contoh, katanya, Petronas melaksanakan CSR di Mesapol dan menerusi program itu terlaksananya Projek Dalak di kawasan itu yang ketika ini telah menjangkau 80 peratus siap dan ia dijangka siap September ini dan akan menyalurkan gas dari Sabah ke Labuan menerusi Saluran Paip Gas Sabah/Sarawak (SSGP). – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan