Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syarikat Korporat Di Sabah Diminta Beri Sumbangan Kepada Kaum Bumiputera

syarikat korparat

KOTA KINABALU– Syarikat korporat di Sabah diminta terus memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat khususnya kepada kaum Bumiputera bagi meningkatkan ekonomi mereka termasuk pendidikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata BTC Berhad adalah antara syarikat korporat yang sentiasa memberi sumbangan khususnya kepada Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi latihan di premis-premis perniagaan mereka.

“Ini kerana kumpulan Bumiputera masih memerlukan bantuan pihak kerajaan dari segi keusahawanan korporat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sedekah jariah kepada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan sumbangan Kumpulan BTC Berhad di Inanam, dekat sini, Isnin.

Jainab berharap sumbangan dan bantuan yang diberikan adalah berterusan dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar berkata sumbangan itu merupakan acara tahunan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu meringankan perbelanjaan golongan yang kurang berkemampuan.

“Ini adalah program CSR yang telah dijalankan selama lima tahun berturut-turut dan BTC juga mempunyai kira-kira 200 OKU yang dilatih di semua cawangan di seluruh Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 200 orang menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas.

Komen


Berita Berkaitan