Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syarikat kawalan keselamatan wajib sahkan kad pengenalan dengan JPN: Zahid

sekuriti

HULU SELANGOR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan untuk membuat pengesahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi calon yang memohon untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkuatkuasa 1 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemohon yang perlu tampil secara fizikal ke JPN untuk pengesahan kad pengenalan secara cap jari atau biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini bertujuan memastikan semua pengawal keselamatan adalah warganegara Malaysia dan pemilik kad pengenalan yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Tamat Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, tadi.

Seramai 172 pengawal keselamatan dari 42 syarikat kawalan keselamatan menyertai latihan selama seminggu yang bermula pada 22 Jun lalu.

Komen


Berita Berkaitan