Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat Inti Padu Technology dilantik untuk melaksanakan proses pendaftaran PTI

6:14pm 20/03/2017 Leolerry Lajius 134 views Tempatan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melantik Syarikat Inti Padu Technology untuk melaksanakan proses pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) yang mana setiap PTI dikenakan bayaran sebanyak RM1,200.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sabah (Ketua Bahagian Pekerja Asing Sabah), Asani Ladjani berkata, majikan juga perlu mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka.

Beliau turut menyatakan majikan di Sabah diberikan tempoh selama enam bulan untuk mendaftarkan pekerja asing menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) atau Program Rehiring.
“Antara syaratnya adalah PTI itu perlu bebas daripada sebarang rekod jenayah dan Senarai Syak Jabatan.”

“Mereka juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan Growarisan dan bukan pemegang pas pengajian, pelajar, lawatan ikhtiasas dan lain-lain pas jangka panjang,” katanya ketika dalam satu taklimat Program Rehiring untuk pekerja Indonesia dan Filipina di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua PTI yang didaftarkan majikan itu perlulah berumur diantara 18 sehingga 54 tahun sahaja semasa tarikh pendaftaran dilakukan.

“Semua permohonan untuk pekerja lelaki dan wanita dibawah program itu dibenarkan dan PTI yang kehilangan pasport lama perlu mengemukakan paspot baharu berserta dengan salinan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat pada 2012 sehingga 31 Disember 2016.”

“Kepada majikan, pihak majikan mestilah tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga oleh Panel Pusat Kelulusan Setempat Pekerja Asing (OSC) dan Panel Kelulusan Kuota.”

“Majikan juga perlu memenuhi syarat pengambilan pekerja asing yang telah ditetapkan oleh OSC dan Panel Kelulusan Kuota,” katanya.

Menurutnya, PTI yang tidak layak memohon adalah mereka yang dari golongan pemegang PLKS dan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang telah tamat tempoh serta PTI yang memegang pas pelajar, pengajian dan sebagainya termasuk tidak memiliki pas.

“Selain itu, majikan juga dikenakan kompaun sebanyak RM500 untuk setiap PTI dan kompaun pekerja pula dikenakan sebanyak RM300 termasuk Pas Khas RM100 untuk setiap PTI.”

“Bayaran JP Visa juga dikenakan sebanyak RM500 untuk PTI yang tinggal lebih masa atas PLS dan tarikh tamat PLS adalah pada atau sebelum 31 Disember 2016 dan PTI itu kenalah bekerja dengan majikan itu pada masa sekarang atau sebelum 31 Disember 2016,” katanya.

Tambah beliau, tarikh pendaftaran program itu telah bermula pada 15 Februari lalu dan akan tamat Ogos depan.

Turut hadir dalam taklimat itu adalah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui./SayangSabah

ASANI (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada Michael.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan