Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat insurans perlu inovatif bagi mendepani situasi mencabar

9:43am 26/05/2016 Leolerry Lajius 8 views Tempatan

 

Pengerusi PIB Datuk Harun b Datu Mansor (kiri) menyampaikan bayaran dividen kepada  Pengerusi Permodalan Bumiputra Sabah Bhd Datuk John Ambrose (kanan) sambil diperhatikan oleh Musa (tengah).-Gambar Oleh Alex Mairin.

Pengerusi PIB Datuk Harun b Datu Mansor (kiri) menyampaikan bayaran dividen kepada Pengerusi Permodalan Bumiputra Sabah Bhd Datuk John Ambrose (kanan) sambil diperhatikan oleh Musa (tengah).-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: “Syarikat insurans perlu inovatif dengan memperkenalkan produk baharu dan bersesuaian, terutamanya bagi mendepani senario semasa yang semakin mencabar seperti kejadian bencana alam.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Progressive Insurance Bhd (PIB),di sini, semalam.

Menurut beliau, tahun lepas merupakan tahun yang mencabar bagi syarikat insurans berikutan kejadian gempa bumi di Sabah, banjir di Semenanjung Malaysia, jerebu dan juga berhadapan dengan kelembapan ekonomi.

“Berdasarkan situasi ini, syarikat insurans perlu inovatif untuk memenuhi keperluan pasaran dan saya percaya pihak PIB mampu untuk menghadapi situasi ini dengan adanya pengurusan yang effektif,”katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri Sabah menerima pembayaran dividen lebih RM6.7 juta daripada PIB tahun lepas walaupun menghadapi tempoh yang sukar.

“Melalui pembayaran dividen yang diterima termasuk daripada PIB yang mana kami telah membeli sahamnya 12 tahun yang lalu, kami dapat melaksanakan lebih banyak program sosioekonomi untuk rakyat dan membangunkan lagi negeri ini,”katanya.

PIB telah memperolehi keuntungan selepas cukai sebanyak RM15.44 juta dan mengisytiharkan RM7.72 juta kepada pemegang sahamnya walaupun ekonomi yang kurang memberangsangkan pada tahun lepas.

Pada tahun ini, PIB memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8.67 juta berbanding RM8.4 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan