Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarikat diseru ceburi dalam industri berasaskan bio-ekonomi

6:36pm 11/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 13 views Tempatan
Dato' Dr Nazlee (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Datuk Madius Tangau (tengah)

Dato’ Dr Nazlee (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Datuk Madius Tangau (tengah)

KOTA KINABALU- Kerajaan mengalakkan lebih banyak kerjasama antara syarikat awam dan swasta dalam industri berasaskan bio untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata semua pemilik syarikat terutamanya di Sabah  digalakkan untuk menceburi dalam industri yang berasaskan bio ekonomi ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program “ Bio- economy Day” di Hotel Le- Meridian, petang tadi.

Madius juga telah mengumumkan beberapa projek berimpak tinggi menerusi Program  Transformasi Bio-Ekonomi di Sabah yang merangkumi Pembangunan Kemudahan Akuakultur

Bersepadu oleh Sunlight Inno Seafood Sdn Bhd, Pengembangan Kemudahan Pengeluaran Cendawan  Shiitake oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menerusi Agrodesa Sdn Bhd dan Loji Jana Kuasa menggunakan Biogas di Kilang Kelapa Sawit, Kapilit oleh Sabah Softwoods Berhad (SSB).

“Projek ini dijangka akan menyumbangkan sebanyak RM 858.4 juta dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) pelaburan sebanyak RM 2.73 bilion dan penambahan sebanyak 4,636 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020,” kata Madius.

Beliau berharap agar lebih banyak kerjasama antara kementerian, serta penglibatan aktif daripada syarikat- syarikat untuk memanfaatkan peluang yang sedia ada dalam industri berasaskan bio ini.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Dato’ Dr Mohd Nazlee Kamal. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan