Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarat Wajib Untuk Bahagia Bercinta, Mesti Ada Ilmu.

11:32am 02/12/2015 Zakir Sayang Sabah 69 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

CINTA – Penangannya sungguh berbisa. Masakan tidak. Ianya menjadi isu yang tetap energetic terutama dikalangan remaja, mahasiswa dan mahasiswi.

Bila sebut saja perihal cinta semua ada definisinya. Pandangannya, mungkin pengalaman, mungkin sejarah silam dan 1001 lagi cerita.

Cinta, orang akan bercakap senang tentang perkara ini.

Semua orang boleh komen itu, komen ini, cakap itu dan cakap ini. Hakikatnya yang merasai tetap orang itu, kan.

Umur begini macam ni pandangannya terhadap cinta, umur macam ni sebegini pula. Boleh berubah-ubah. Senang cakap macam ni la. Semua orang ada fasa-fasa tumbesarannya.

Kita setuju itu dan kita kena meraikan setiap pandangan itu. Mungkin sahaja, dari situ kita lebih memahami realiti hidup remaja hari ini, dan cara seseorang memandang cinta itu.

Namun cinta bukan sekadar cakap-cakap sahaja dan cinta bukan sekadar komen-komen sahaja, dan berjanji-janji sahaja.

Nak bahagia dalam bercinta mesti kena ada Ilmu.

Kita mesti kena banyak membaca. Kena banyak meneroka. Kena banyak mendengar. Kena banyak memerhati. Kena banyak muhasabah. Kena banyak berfikir.

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- ( Surah Al-Hasyr, 59: Ayat 18)

Naluri rasa cinta itu fitrah. Skop cinta itu luas. Jangan disempitkan.

Namun tidak dinafikan bab cinta antara lelaki dan perempuanlah yang menjadi menonjol di kalangan pemuda pemudi selama ini. Namun sejauhmana kita pernah terfikir mengenainya dan duduk merenungi serta berbincang perihal cinta ini.

Akhir-akhir ini, Saya melihat dan memerhati, dan saya menemui sesuatu bahawa persekitaran, kemahuan serta kesungguhan seseorang itu dalam memahami sesuatu hal dapat meluaskan lagi pandangannya terhadap sesuatu perkara.

Seluas mana pemahaman kita mengenai CINTA?

Atau kita selama ini menyempitkkan skopnya, tahu tapi buat-buat tidak ambil endah? Kita buat lenggang kangkung isu cinta ini?

Tenyata kita perlukan vaksin. Cuba buka mata luas-luas.

Mustahil kita hidup berundur ke belakang. Mustahil kita sebegini saja. Cinta awak terhenti bila si dia dah mati?

Matlamat cinta awak terhenti setakat untuk didunia sahaja?

Kalau boleh panjang-panjangkanlah, biar hingga ke syurga ya.. baru la awesome!!

Bila berbicara mengenai cinta, pernah awak terfikir mengenai tanggungjawab yang awak akan galas?

Brothers sisters sekalian dan diri saya juga, tanggungjawab kita  di dunia besar kaitannya dengan akhirat kita.

Termasuk juga bab cinta-cinta ni. Awak nak buat lenggang kangkung ke? Terjun ke alam itu tanpa persediaan? Tanpa usaha?

Di sayangi, menyayangi, gembira, tersengih, kadang kala menangis, bergaduh. Itu saja?

Beginilah, kita tolak tepi semua tu sebentar, mari kita fikir mengenai ini.

Awak jatuh cinta. Ada awak fikir mengenai perhubungan awak? Ada awak fikir tentang Allah redha atau tak. Ada awak fikir, sejauhmana awak nak bawa cinta tu? Ke syurga?

Alhamdulillah jika ya.

Namun hakikat sekarang. Kita harus perhati perbuatan yang dalam bercinta tu.

Nak senarai memang banyak. Tapi saya senaraikan beberapa.

Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”.- (Surah al-Isra 17: ayat 32)

  • Bermesej.
  • Bercalling.
  • Bervideo call.
  • Hantar gambar.
  • Keluar jalan-jalan.

Bukan sehari dua. Itu awak sendiri tahu.

Awak guna duit siapa? Banyak mana deria awak guna? Berbelit-belit kan?

Tenang-tenang. Mari saya jelaskan.

Jika awak masih belajar, ada awak pernah fikir tentang duit itu. Mungkin awak meminjam atau dipinjamkan oleh PTPTN, biasiswa kerajaan Negeri, MARA, JPA,  dan mungkin dari FAMA( father dan mother).

Bagaimana pula dengan amanah masa yang sepatutnya kita gunakan dengan baik, namun habis sia-sia begitu saja? Ada sedar?

Ingatkah kita dengan hari dimana Allah akan persoalkan setiap apa yang kita lakukan. Deria-deria kita menjadi saksi apa yang kita lakukan. Saat mulut dikunci. Deria yang lain akan patuh dan menceritakan perihal kita dihadapan Tuhan.

Mungkin ya, ada yang merancang untuk berkahwin. Namun muhasabahlah, atas dasar rasa suka sahajakah awak membina perkahwinan itu?

Kita pernah dengar ini. Jika benar cinta hendak bersama ke syurga– Hilal Asyraf.

Saya amat tertarik dengan kata-kata ini. Benar. Apalah ertinya cinta jika menghumban dan membawa kita ke neraka. Apalah namanya cinta jika sambil lewa.

Tanggungjawab dan amanah yang ada terabai. Bagai melepas batuk ditangga?

Seolah-olah ini tidak akan dipersoalkan diakhirat kelak. Begitu?

Asyik fikir kahwin, namun persediaannya dan usaha itu ke laut? Tak boleh juga.

Belanja bertunang, belanja hantaran, belanja kad jemputan, khemah, dewan, belanja makanan, belanja karaoke, belanja door gift, belanja pelamin, belanja baju kahwin, dan belanja jurugambar.

Ada pernah fikir?

Itu baru untuk kos kahwin. Pernah fikir yang lebih besar dari itu?

Haaa…Amanah yang kau galas selepas itu.

Nak jalan macam mana? Ilmu dah ada? Planning dah ada? Planning untuk tahun pertama macam mana? Planning untuk 5 tahun akan datang?  Nak tinggal dekat mana? Bil air, belanja makan minum, kereta, nafkah. Semua itu perlu duit.

Bukan saya nak kita pandang pada duit semata-mata. Namun lebih kepada amanah itu dan alam realiti. Jangan hanya tahu berfantasi. This dunya is just temporary.

Awak nak keluarga yang bahagia, itu saya rasa semua orang pun menginginkannya. Cakap saja tidak guna juga kan.

Tapi usaha ke arah itu?

Maka dengan ilmu jawapannya. Belajarlah.

Dengan masa yang ada dan Allah pinjamkan ini, maka belajarlah mencari ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya kita berusaha.

Berusaha nak cari redha Allah. Bila Allah redha, InshaaAllah berkatNya juga bersama.

Lagi satu. Jika ditakdirkan awak ada rezeki zuriat. Ada pernah awak fikir bagaimana nak didik dia?

Adakah awak akan cepat melenting, dengan emosi semata-mata. Marah-marah. Bersedia dengan tangisan budak-budak? Karenah-karenah dia?

Kita sekarang diabad ke 21. Kena sedar. Cabarannya makin ekstrim hebatnya. Anak kena dididik dengan agama. Kena kenalkan dengan Allah. Mendidik kena ada ilmu.

Contohi sedaya mampu gaya Rasulullah s.a.w dalam mendidik.

sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”.-(Surah Al-Ahzab 33: ayat 21).

Manusia ada fasa-fasa tumbesarannya.

Tahap umur begini, macam ni cara didiknya, tahap umur begini macam ni pula cara didiknya. Ada kita kisah selama ini mengenai itu? Ada kita usaha untuk belajar dan cari ilmu tentang itu?.

Awak salah jika awak hanya lepaskan tugas mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya mengenai bab-bab agama? Allah dekat mana?

Ayah, ibu, ceritakanlah mengenai nabi Muhammad? Kenapa kena solat? Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya, kenapa ibu ayah tak solat? Cikgu kata…? kenapa perlu begini, begitu..pernah awak terfikir.

Bagaimana awak akan jawab, berhikmahkah? Tahukah awak cara yang sesuai?. Fikir-fikirkanlah.

Akhir sekali, saya menyeru, diri saya terutamanya, remaja, mahasiswa, dan mahasiswi, Perhatikanlah wajah ibu dan ayah Kita. Kenanglah mereka.

Ingatlah juga, Kita masih belajar. Fokus dan buatlah yang terbaik dalam pelajaran.

Perhatikan juga hubungan Kita dengan Allah. Dekatilah DIA. Cari wasilah-wasilah yang boleh meningkatkan kecintaan kita padaNya. Jaga solat, dan perbaiki ibadah-ibadah wajib.

Binalah diri ke arah yang lebih baik hari demi hari. Andai pernah tersilap langkah, bertaubatlah, banyakkan istighfar dan jangan diragui kasih sayang dan pengampunan Allah.

Jika kita jatuh cinta, maka fikirlah dengan ilmu.

Banyakkan soal-jawab dengan diri, Allah redha atau tidak apa yang aku buat ni? Terlalai dan melalaikan aku kah cinta ini? Pahala atau dosakah dengan perbuatan aku ini?

Dahagalah akan ilmu, belajarlah. Berkasih sayanglah dengan keluarga, guru-guru, dan sahabat serta perbaiki dan jaga juga hubungan sesama manusia.

Dan akhir sekali, sibukkanlah diri dengan usaha pembinaan diri, dengan aktiviti berfaedah.

“Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak?”

Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.

Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya.

(Sumber: BlogAku Islam, oleh Farahani Md Noor)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan