Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syarat untuk Inul

Inul
Inul

Jakarta: Ketua Umum Parti Islam Damai dan Aman (Idaman), Rhoma Irama mengalu-alukan sekiranya penyanyi dangdut popular, Inul Daratista menyertai partinya.

Bagaimanapun, Rhoma, 68, yang dikenali sebagai Raja Dangdut mengenakan satu syarat sebelum Inul boleh diterima menyertai parti baru ditubuhnya.

Kalau dia (Inul) mahu menyertai parti ini dia mesti menjelaskan dirinya kepada rakyat.

“Urusannya terhadap umat belum jelas dan dia perlu menyelesaikan urusan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Rhoma tidak menjelaskan urusan apa yang perlu diselesaikan oleh Inul, 36, yang pernah menimbulkan kontroversi dengan tarian goyang gerudi.

Katanya, beliau secara peribadi menerima sesiapa yang mahu menyertai parti berkenaan dengan hati terbuka.

“Secara dasarnya kami menerima semua orang yang mahu menyertai parti ini,” jelasnya.

Tambahnya, selain menerima sokongan daripada ramai penyanyi dangdut parti itu turut menerima sokongan daripada seorang pemain gitar sebuah kumpulan rock popular.

Menurutnya, pemain gitar yang tidak didedahkan namanya itu menyatakan sokongan terhadap parti berkenaan selepas mendengar ucapannya di televisyen.

“Selepas mendengar ucapan saya di televisyen gitaris itu menghubungi saya dan menyatakan sokongan terhadap parti ini.

“Saya yakin, parti ini akan terus diterima rakyat,” katanya.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan