Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syarat pemilikian lesen pengusaha pelancongan akan diperhalusi- Masidi

2:07pm 16/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi (tengah) ketika sidang media di Hotel Promenade, disini, hari ini. Turut kelihatan, Ahmad Zaki (dua dari kiri), Tan (dua dari kanan) dan Wiston (kanan)

Masidi (tengah) ketika sidang media di Hotel Promenade, disini, hari ini. Turut kelihatan, Ahmad Zaki (dua dari kiri), Tan (dua dari kanan) dan Wiston (kanan)

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri menyokong cadangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Sabah untuk memudahkan syarat mendapatkan lesen pengusaha pelancongan, khususnya kepada para graduan yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, usul tersebut akan memudahkan rakyat Sabah untuk ceburkan diri dalam bidang pelancongan ini.

“Cadangan itu bertujuan untuk menggalakkan para graduan yang berminat berkecimpung dalam industri ini mendapatkan lesen pengusaha pelancongan dengan kadar yang lebih rendah,”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Seminar Isu Penguatkuasaan Industri Pelancongan Di Negeri Sabah Bagi Tahun 2016, di Hotel Promenade, disini, pagi tadi.

Jelasnya, salah satu syarat untuk mendapatkan lesen pengusaha perlancongan adalah modal permulaan.

“Antara sebab terdapat pengusaha yang susah untuk memasuki dalam industri ini ialah peraturan menetapkan jumlah modal yang agak besar iaitu RM 200,000 bagi kawasan bandar dan RM 50,000 untuk luar bandar,”katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, usul tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Exco Pelancongan Persekutuan dalam masa terdekat.

Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, Pengerusi Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Datuk Seri Winston Liaw, Pengarah Pejabat MOTAC Sabah, Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar. Oleh: Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan