Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syaitan arah bunuh ibu, nenek

ALVARADO
ALVARADO

Mexico City: Seorang remaja yang mengalami masalah mental menikam ibu dan neneknya sehingga mati sebelum mengorek keluar mata mereka, mendakwa dia diarahkan melakukan kekejaman itu oleh syaitan.

Guadalupe Medrano Alvarado, 18, didakwa menikam ibunya, Amalia Palomares Alvarado, 44 kali pada badan dan muka.

Ayahnya Jamie Medrano Gutierrez, 43, terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati suspek turut mencungkil mata mangsa.

Turut dilihat di dalam bilik itu, nenek suspek yang berkerusi roda juga ditikam dengan kejam sehingga mati.

Mata serta telinganya juga hilang. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan