Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syaiful Zero minta maaf dengan anak

6:58pm 07/05/2017 Pak Roshan 7463 views Hiburan,Mutakhir

SYAIFUL bersama anaknya,Sharif Isyraq.

KUALA LUMPUR: Netizen tersentuh apabila pelawak dari kumpulan Zero, Syaiful, 28, memohon maaf daripada anaknya, Mohamaad Sharif Isyraq melalui Instagram kerana tidak dapat meluangkan masa bersama.

Syaiful berkongsi luahan hatinya itu, Jumaat lalu, sempena hari kelahiran yang pertama anak sulungnya itu. Meluahkan perasaannya, Syaiful atau nama sebenarnya, Mohd Syaiful Doli Sharif, memohon keampunan kerana tidak dapat melihat anaknya itu membesar di depan mata.

“Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa dan orang sekeliling. Semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik.

“Hanya doa yang ayah mampu berikan untukmu wahai anakku. Minta maaf kerana di hari pentingmu, ayah tidak dapat meraikan hari kelahiranmu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibumu untuk melahirkan kamu.

“Maafkan ayah tiada di sisi kamu kerana kesibukan kerja. Minta maaf kerana kau membesar tanpa ada ayah di sisi. Kau mengenal dunia tanpa ayah memimpinmu,” katanya.

Dalam pada itu, Syaiful menerima ketentuan hidup dengan positif sambil menganggap semua yang diusahakannya adalah rezeki buat anaknya.

“Kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap kamu. InsyaAllah anak, rezeki yang ayah dapat sekarang ini adalah rezeki yang Allah turunkan untukmu melalui ayah,” katanya.

Syaiful mendirikan rumah tangga dengan, Ashura Rudy pada 24 Julai 2015 di Surai Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Mohamaad Sharif pada 5 Mei 2016. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan