Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syabu: Dua remaja ditahan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU: Dua remaja ditahan polis selepas didapati memiliki 31.1 gram dadah jenis syabu dalam Operasi Cegah Jenayah yang dijalankan awal pagi hari ini di Jalan Dunlop di sini.
Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam satu operasi polis di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan operasi berkenaan pada jam 12.30 pagi sebelum menahan dan memeriksa kereta yang dinaiki kedua-dua suspek berumur 19 dan 21 tahun itu.
“Ketika melakukan operasi itu, anggota polis telah menahan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dan terdapat seorang wanita duduk di bahagian penumpang belakang,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di bahagian dalam tempat letak tangan, polis telah menemui satu peket plastik lutsinar besar berisi tiga plastik lutsinar lain yang mengandungi bahan hablur dipercayai dadah jenis syabu.
Mereka kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan