Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Syabu Bernilai RM26,000 Dirampas Dari Seorang Lelaki Warga Filipina

8:06pm 06/12/2015 Pak Roshan 202 views Jenayah,Mutakhir
tawau

Perairan Batu-Batu, Sabindo, Tawau

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki warga Filipina dan merampas 200 gram syabu bernilai kira-kira RM26,000 di perairan Batu-Batu, Sabindo di sini Sabtu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan dalam Ops Paradise dan Ops Gasak yang dijalankan pasukan peronda di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Semasa melakukan rondaan, anggota yang bertugas melihat seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan sedang berdiri dan memegang beg plastik berwarna merah di belakang sebuah kapal ikan yang sedang berlabuh di kawasan itu, katanya.

“Ketika melakukan pemeriksaan kami mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu plastik berwarna kuning dibalut menggunakan pita pelekat yang setelah diperiksa di dalamnya mengandungi empat paket plastik lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu di beg plastik suspek,” katanya pada sidang media di sini Ahad.

Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan