Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Syabu 4kg dirampas, pelajar asing ditahan

syabu

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar warga Nigeria ditahan selepas menjadikan rumah sewanya di Pangsapuri di Bukit Jalil, di sini sebagai transit bagi mengedar dadah jenis syabu ke negara jiran, membabitkan nilai rampasan sebanyak RM500,000, Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 27 tahun itu, tinggal bersendirian di pangsapuri terbabit di mana polis menemui hampir empat kilogram (kg) dadah dalam serbuan pada jam 2 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abd Rahim Hamzah Othman, berkata suspek yang bergiat aktif sejak empat bulan.

Katanya, polis menemui dua alat penimbang digital, 445 gram syabu di dalam tiga bungkusan plastik di sebuah beg pakaian berwarna coklat.

“Polis turut menjumpai sebuah beg sandang yang mengandungi tiga bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.750 kilogram dan merampas sebuah telefon bimbit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, semalam.

“Suspek adalah pelajar di sebuah kolej swasta di ibu negara¬†berdasarkan kad pelajar di dalam dompetnya,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, ujian saringan bagaimanapun mendapati klelaki terbabit negatif dadah.

Siasatan awal juga mendapati lelaki terbabit menyeludup masuk dadah dari negaranya untuk diedarkan di negara ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan