Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sweden singkir Itali ke Piala Dunia 2018

PEMAIN Sweden meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2018 di Stadium San Siro, sebentar tadi. – Foto Reuters

 

MILAN: Itali gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, selepas diikat Sweden 0-0 pada aksi timbal balik kedua pertemuan playoff, sebentar tadi.

Kemenangan pada aksi pertama memberikan Sweden tiket ke Russia tahun depan selepas layak secara agregat 1-0, hasil kejayaan di laman sendiri, minggu lalu.

Pada aksi penuh mendebarkan yang mencetus banyak ketegangan dan drama di San Siro itu, Sweden boleh dianggap terselamat daripada deretan serangan tuan rumah yang bertali arus.

Itali yang tidak pernah gagal beraksi di kejohanan elit itu sejak 1958 di Sweden menguasai sebahagian besar permainan sehingga memaksa Sweden berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan aksi.

Mereka berjaya mencipta beberapa peluang, tetapi gagal menembusi gawang Sweden yang dikawal Robin Olsen.

Peluang terbaik tuan rumah untuk menjaringkan adalah menerusi Ciro Immobile tetapi percubaannya digagalkan Olsen, sebelum Victor Lindelof mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. – Reuters/BH ONLINE

PEMAIN Sweden, Sebastian Larsson meraikan kejayaan Sweden menewaskan Itali dengan agregat 1-0 seterusnya layak ke Piala Dunia 2018 di Stadium San Siro, sebentar tadi. – Foto Reuters
KETUA jurulatih Itali, Gian Piero Ventura kecewa selepas gagal membawa Itali ke Piala Dunia 2018 di Stadium San Siro, sebentar tadi. – Foto EPA-EFE
PEMAIN Itali kecewa selepas tewas kepada Sweden seterusnya gagal ke Piala Dunia di Stadium San Siro, sebentar tadi. – Foto Reuters
PENYERANG Itali, Stephan El Shaarawy (kiri) ditenangkan oleh pemain Sweden Emil Forsberg selepas tamat aksi playoff pusingan kedua Piala Dunia di Stadium San Siro, sebentar tadi. – Foto Reuters

Komen


Berita Berkaitan