Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sutera Harbour Resort anjur sambutan Hari Kemerdekaan

Yahya melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sutera Harbour, disini, hari ini.

Yahya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sutera Harbour, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif dan komitmen berterusan industri perhotelan dan pelancongan dalam menyemarakkan dan meningkatkan semangat patriotik melalui perlaksanaan sambutan hari kemerdekaan setiap tahun.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata penganjuran program tersebut dapat memberikan gambaran positif dimana Malaysia adalah negara yang berdaulat serta makmur dan sejahtera.

Katanya, ini dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terbaik di dunia.

“Industri perhotelan dan perlancongan memainkan peranan penting sebagai Tuan Rumah kepada para pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort, di Sutera Harbour Marina & Country Club, disini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Menurut Musa, Malaysia khasnya Sabah terkenal dengan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

“Walaupun dengan cara hidup serta kepercayaan yang berbeza, kita telah membuktikan bahawa kita boleh dan sentiasa bersatu hati dan lansung bersepakat untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat, cemerlang dan gemilang,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan