Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sutera Harbour New Year’s Eve Non-Stop Mega Party’ disambut meriah

1:45pm 01/01/2016 Leolerry Lajius 63 views Tempatan
Persembahan tarian traditional.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Persembahan tarian traditional.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: ‘Sutera Harbour New Year’s Eve Non-Stop Mega Party’ disambut meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan serta pelancong dari luar negara.

Pesta yang diadakan di Sutera Harbour Kota Kinabalu itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian tradisional masyarakat murut, tarian moden dan juga cabutan tiket bertuah.

Menanti kedatangan tahun 2016, dengan penuh debaran oleh semua pengunjung bersama dengan sabahat handai dan juga keluarga serta tidak kurang juga yang mengambil gambar kenangan ketika pesta tersebut.

Kemuncak pesta tersebut bertambah meriah apabila jam menunjukkan pukul 12.00 pagi dan bermulanya hari pertama di tahun 2016 dengan persembahan bunga api yang cukup menarik.

Semoga tahun 2016 ini akan memberikan keberkatan kepada kita agar sentiasa kuat dan saling bekerjasama bagi memacu kemajuan negara. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan