Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sutera Harbour anjur jamuan makan tengah hari bersama media

6:04pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Tempatan
Gerard bersama para staf hotel Sutera Harbour dan dif-dif jemputan menggaul Yee Sang

Gerard bersama para staf hotel Sutera Harbour dan dif-dif jemputan menggaul Yee Sang

KOTA KINABALU- Pihak Hotel Sutera Harbour anjurkan satu jamuan makan tengah hari bersama pihak media di Silk Garden, Hotel Pasific Sutera, disini, semalam.

Semasa jamuan tersebut, para jemputan dihidangi dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2016.

Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Gerard Tan, Chef Eksekutif masakan cina, Chef Louie Hoi, Pengurus Komunikasi, Tracy Lim dan Penolong Pengurus Komunikasi, Clara Lim.

Selain itu, Chef Louie menyediakan dua set menu ‘9-course Golden Reunion’ pada harga RM1,688 bagi Set 1 dan RM1,888 bagi Set 2 untuk 10 orang.

Hidangan dalam menu Set 1 termasuk ‘sliced Abalone Yee Sang’, ‘Standing Roasted Village Chicken’, ‘Indonesian-Style Wok-fried Prawns with Curry Leaves’ dan ‘Stewed Sea Cucumber with Dried Oysters, Goose Web and Fatt Choy’.

Manakala bagi hidangan dalam menu Set 2 pula termasuk ‘Salmon Fish Yee Sang’, ‘Deep Fried Crispy Duck’, ‘Prawns Coated in Salted Egg Yolk and Savoury Lily Bulbs and Braised Dried Oysters’, dan ‘Sea Moos Money Bag with Dried Scallop and Goose Web’.

Kedua- dua set menu itu sah bermula dari 7 Februari hingga 22 Februari, tahun ini. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Gerard bergambar kenangan bersama staf, dif-dif jemputan dan para media

Gerard bergambar kenangan bersama staf, dif-dif jemputan dan para media

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan