Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sutera Harbour 7K Run berjaya kutip dana RM 202,016.95

Gerard (ketiga dari kiri) menyerahkan cek kepada Francis (empat dari kanan) dan Safari (kedua dari kiri).
Gerard (ketiga dari kiri) menyerahkan cek kepada Francis (empat dari kanan) dan Safari (kedua dari kiri).

KOTA KINABALU- Cek bernilai RM 101,008.50 hasil daripada program larian amal 7K kali ke-15 anjuran Sutera Harbourt masing- masing diberikan kepada Persatuan Thalasemia Sabah dan Special Olimpik Sabah.

Terdahulu, program larian tersebut yang berlansung pada 29 Ogos, tahun lalu berjaya mengumpul dana sebanyak RM 202,016.95.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbourt Resort menyampaikan cek tersebut kepada Presiden Persatuan Thalasemia Sabah, Francis Mujim dan Lembaga Pengarah Special Olimpik Sabah, Datuk Mohd Safari Manan di Sutera Harbour Marina dan Country Club, semalam.

Sementara itu, beliau mengumumkan bahawa program larian amal 7K kali ke-16 bakal berlansung pada 20 Ogos, tahun ini dan berharap agar semua individu dan organisasi dapat memberikan sokongan padu kepada program tersebut.

Gerard turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 12,000 orang penyokong acara larian yang berlansung pada Ogos lalu.

Hadir sama, Pengasas acara larian Sutera Harbour 7K, Foo Kia Inn dan Pengarah Besar Sutera Harbour Golf & Country Club, Rick Blackie.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan