Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek Utama Serangan Berdarah Charlie Hebdo Mati Ditembak

Said (kiri) dan Cherif Kouachi.
Said (kiri) dan Cherif Kouachi.

DUA beradik yang dipercayai terlibat menyerang pejabat majalah Charlie Hebdo hingga mengakibatkan kematian 12 nyawa Rabu lalu, maut ditembak pihak berkuasa Perancis di sebuah bangunan di Dammartin-en-Goele yang terletak berhampiran Lapangan TerbangCharles de Gaulle, timur laut Paris, pada Jumaat.

f8093b1e-5800-42c0-84f9-947857229192-1020x612

Cherif dan Said Kouachi, yang melarikan diri selepas melakukan serangan berdarah Rabu lalu, terbunuh sebelum jam 4 petang (waktu tempatan) selepas pasukan khas bersenjata Perancis menyerbu bangunan yang dijadikan tempat persembunyian mereka bersama beberapa tebusan.

Serbuan mula dilakukan sekitar jam 8.30 pagi melibatkan pasukan khas Swat, penembak tepat dan helikopter tentera selepas pihak berkuasa menerima laporan berlaku insiden tembakan dan beberapa orang telah dijadikan tebusan di sebuah bangunan.

Bangunan yang dilaporkan menjadi lokasi persembunyian dua suspek utama serangan Charlie Hebdo.

Tidak lama selepas adik beradik ini berjaya dibunuh, pihak berkuasa menyerbu sebuah pasaraya Kosher di timur Paris, di mana seorang suspek lelaki telah menahan sekurang-kurangnya lima tebusan di dalamnya.

Suspek yang dikenalpasti sebagai Amedy Coulibaly, 32, turut maut ditembak selepas pihak polis merempuh masuk pasaraya terbabit bagi menamatkan babak drama tebusan yang bermula sejak tengah hari Jumaat.

Coulibaly yang bersenjatakan senapang automatik ketika kejadian, merupakan seorang daripada dua suspek yang diumumkan pihak berkuasa Perancis pada Khamis lalu, sedang diburu kerana dipercayai turut mempunyai kaitan dengan serangan Charlie Hebdo.

Seorang lagi suspek wanita, Hayet Boumddiene dilaporkan membantu Coulibaly dalam kejadian di pasaraya Kosher berkenaan.

Amedy Coulibaly, 32

Bagaimanapun tidak semua tebusan di pasaraya Kosher dapat keluar hidup-hidup apabila 4 daripadanya terkorban dalam insiden malang berkenaan. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan