Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek utama direman empat hari

suspekereta

PUCHONG: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Puchong Perdana di sini, diberkas polis selepas dipercayai suspek utama yang melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan bayi empat bulan di dalam sebuah kereta Proton Gen 2 awal pagi kelmarin.

Suspek berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Puchong Perdana di sini, kira-kira jam 2.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan suspek adalah berdasarkan pengecaman dibuat kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan suspek selain beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di dalam bilik mangsa menemui sebilah pisau pemotong kertas dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa dan sepasang pakaian seragam sekolah, beg sekolah, beg sandang, dompet jenama Levi’s dan wang tunai berjumlah RM117.

“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan setakat ini dia ditahan reman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Komen


Berita Berkaitan