Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,682

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek Siar Maklumat Palsu Di Facebook Ditahan

11:58am 07/11/2015 Pak Roshan 2203 views Jenayah,Mutakhir
Gambar palsu yang dimuat naik dalam akaun facebook tersebut

Gambar palsu yang dimuat naik dalam akaun facebook tersebut

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataan hari ini berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam.

Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.

Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan