Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SUSPEK SAMUN DIBERKAS

1:04am 22/05/2014 Pak Roshan 124 views Kota Kinabalu,Tempatan

pic-21
KOTA KINABALU: Seorang warga asing berusia 29 tahun bertindak agresif dan cuba melarikan diri ketika pihak polis memberkasnya berhampiran Skim Perumahan Telipok pada Isnin.

Suspek dipercayai terbabit dalam satu insiden samun bersenjata dan pihak polis turut menemui sebilah pedang samurai berukuran 24 inci panjang pada suspek.

Suspek dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 29 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku pada Isnin kira-kira jam 4.30 apabila mangsa yang menunggang motosikal berhenti di lampu isyarat Telipok untuk menggunakan telefon bimbit sebelum didatangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Mangsa diacukan sejenis senjata tajam dipercayai sebilah pisau pemotong sayur oleh seorang suspek manakala seorang lagi memaksa mangsa menyerahkan motosikal serta dompet.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya mengesan dan menahan suspek,manakala rakan suspek masih diburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan