Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUSPEK ROMPAK DAN ROGOL SURI RUMAH DIBURU POLIS

rogol

KOTA KINABALU: Polis melancarkan buruan ke atas suspek lelaki yang dipercayai telah merogol sebelum merompak seorang suri rumah di Kampung Darau dekat sini.

 

Kejadian yang berlaku pada Selasa lepas menyebabkan mangsa kerugian hampir RM800 dan kehilangan beberapa barang termasuk komputer ruba dan wang siling.

Mangsa dikatakan baharu saja menjemur pakaian di bahagian belakang rumahnya manakala suaminya keluar bekerja.

Suspek telah memasuki rumah mangsa lalu mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum merompak dan merogol mangsa.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa dan keluarganya, polis kini sedang memburu suspek.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan kes.

Jelas beliau kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merampak dan merogol.

Komen


Berita Berkaitan