Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek remaja ditahan polis berhubung kebakaran di Kg Bangau Bangau

photo_2015-03-26_21-33-38

SEMPORNA – Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung insiden kebakaran di Kampung Bangau Bangau di sini yang berlaku awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Peter Umbuas berkata, penahanan itu susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu yang mendakwa melihat remaja terbabit dalam keadaan mencurigakan sebelum kebakaran itu berlaku.

“Berdasarkan laporan polis tersebut, sepasukan anggota polis kemudian menahan remaja berkenaan kira-kira jam 1.00 petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suspek remaja itu dikatakan pulang ke rumahnya di kampung terbabit untuk meminta wang daripada ibunya namun permintaannya ditolak menyebabkan suspek marah dan keluar dari rumah.

“Pengadu mendakwa, remaja itu bagaimanapun kembali semula ke rumahnya sebelum bertindak membaling satu botol dipercayai mengandungi bahan api petrol ke dalam salah sebuah bilik di rumah itu,” katanya lagi.

Tindakan remaja tersebut kemudian mengakibatkan kebakaran besar berlaku yang memusnahkan 250 rumah dan hampir 2000 penduduk hilang tempat tinggal.

“Siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kebakaran berlaku,” tambah beliau.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan