Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek Motorsikal Curi Tumpas Dalam Tempat 24 Jam

9:33am 18/07/2016 Pak Roshan 355 views Jenayah,Mutakhir

13731437_645551398937401_9115329938906821079_n

Tawau, 17 Julai 2016 – Dua lelaki terdiri daripada warga tempatan dan asing ditahan lewat petang semalam kerana dipercayai terlibat dengan kehilangan sebuah motorsikal.

Motorsikal berkenaan yang dilaporkan hilang sehari sebelum itu oleh seorang lelaki ditemui bersama 2 suspek di tepi Jalan Morell oleh sepasukan polis.

Namun begitu, tugas pihak polis tidak mudah apabila 2 suspek tersebut bertindak agresif. Usaha tersebut tidak berhasil kerana akhirnya mereka berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.

Hasil pemeriksaan mendapati no plat telah ditanggalkan manakala tempat duduk pula diubahsuai. Namun itu tidak dapat mengaburi mata pihak polis kerana hasil pemeriksaan no chasis dan no enjin mendapati motorsikal berkenaan sama seperti yang dilaporkan hilang.

Dua suspek tersebut bersama-sama motorsikal dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Facebook Polis Daerah Tawau

motosikal

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan