Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek militan mungkin di Malaysia

militan3

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan lima suspek militan yang diburu polis sudah berada di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, pihaknya sentiasa berjaga-jaga dan memberikan perhatian serius malah meningkatkan kawalan sedia ada.

“Mereka terbabit adalah berbahaya dan orang ramai dinasihatkan tidak cuba mendekati mereka ini,” katanya semasa sidang media selepas majlis penyampaian sijil proctor Ujian Integriti Malaysia (MIT) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini tadi.

Katanya, polis akan terus mengesan mereka yang terbabit dalam aktiviti militan ini kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

“Kemungkinan akan ada lagi tangkapan selepas ini,” katanya.

Ditanya mengenai penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam peperangan saudara di negara bergolak, Khalid berkata, pihaknya sudah bekerjasama dengan agensi luar negara bagi membantu mengesan mereka yang terlibat.

“Siasatan polis tidak terhad kepada orang tertentu sahaja, polis tidak pernah memilih bulu dalam menangani aktiviti militan ini,” tegasnya.

Komen


Berita Berkaitan