Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek mengetuk pintu rumah sebelum menyamun mangsa

1:16pm 07/03/2016 Leolerry Lajius 950 views Jenayah,Tempatan
Datuk Sallehhudin menunjukkan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Datuk Sallehhudin menunjukkan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Seorang suspek yang menyamun sebuah keluarga di Taman Fulliwa Fasa 3 Jalan Tuaran 4 Februari yang lalu ditahan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Putatan hasil maklumat dari orang awam.

Suspek yang bersenjatakan sebilah pisau bertindak mengetuk pintu rumah sebelum menyamun mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Sallehhudin Abd. Rahman, suspek telah menyamun sebuah kereta Toyota Hilux, duit berjumlah RM300.00, sebuah telefon bimbit, seutas rantai emas, sebentuk cincin emas, beg tangan dan juga kunci kereta avanza dalam kejadian tersebut.

“Anggaran nilai barang yang disamun suspek adalah lebih kurang RM85, 000 dan kesemua barang tersebut telah dirampas pihak polis ketika membuat serbuan ke lokasi persembunyian suspek.

“Dalam kejadian tersebut isteri mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian tangan,”katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, pagi tadi.

Berdasarkan ujian air kencing suspek yang berusia 31 tahun itu turut didapati positif dadah dan hasil siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan suspek boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

Atas kesalahan pengambilan dadah suspek disiasat di bawah Sekysen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Sallehhudin menunjukkan kereta yang disamun suspek.

Datuk Sallehhudin menunjukkan kereta yang disamun suspek.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan