Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek lelaki rogol lima kanak-kanak diberkas 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Suspek kes rogol membabitkan lima beradik bawah umur yang diburu polis berjaya diberkas kira-kira pada pukul 12 tengah malam, Khamis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komsioner Awang Besar Dullah berkata, suspek berjaya ditahan di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan Batu 3.5 Jalan Apas, awal pagi ini.

Menurut beliau, serbuan di rumah tersebut yang diketuai oleh Asisten Superitendan Ridzuan Khalid, merupakan hasil maklumat awam yang memaklumkan lokasi suspek kepada pihak polis.

“Suspek yang juga seorang pendatang tanpa izin (PATI) kini ditahan reman selama 14 hari bermula Jumaat. Terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek yang berusia 30-an itu diburu selepas nenek kepada lima cucu itu membuat laporan polis pada Selasa di Balai Polis Daerah Tawau berhubung tindakannya merogol kanak-kanak tersebut.

Suspek dipercayai telah merogol lima mangsa yang berumur 6 hingga 9 tahun di Taman Kristal, Jalan Apas sejak tahun 2013 di tempat berasingan.

Awang Besar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan