Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek kes samun Kedai 24 jam Orange diburu

2:56pm 30/12/2015 Leolerry Lajius 311 views Jenayah
Barang yang dirampas dari suspek

Barang yang dirampas dari suspek

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga tempatan berusia 17 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun Kedai 24 jam Orange di Api-api Centre Kota Kinabalu ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru Lama.

Suspek bersama seorang lagi rakannya pada awalnya berpura-pura menjadi pelanggan seterusnya telah bertindak mengacukan pisau kepada pekerja kedai dan merampas wang sebanyak RM800.00 sebelum melarikan diri.

Bertindak dari maklumat risikan dan maklumat orang awam, pada 28 December yang lalu sepasukan Task Force Samun IPD KK telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kg Tg Aru Lama, Kota Kinabalu dan berjaya menangkap seorang suspek lelaki yg terlibat dalam kes ini yang juga dikenalpasti sebagai individu yang mengacukan pisau ketika kejadian tersebut.

Pihak polis juga telah merampas beberapa barang milik suspek dengan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM500.00.

Menurut ketua Polis Daerah ACP M.Chandra rakan mangsa masih diburu oleh pihak polis dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek dihendaki melaporkannya kepada pihak polis.

“Butir-butir suspek adalah seorang lelaki berusia 17 tahun dengan nama samaran dipanggil sebagai Ijam, berbangsa Bajau Filipina dan tinggal di Kampung Pondo Pulau Gaya Kota Kinabalu,”katanya.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan suspek bleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

gari1

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan